♥ Jom Follow ♥

Pinnnnn... pinnnnn....


Wednesday 26 September 2012

Memilih nama perniagaan

Memilih nama perniagaan yang hebat bukanlah satu perkara yang mudah. Namun, ia juga bukan sesuatu yang mustahil. Dalam memilih nama perniagaan, anda mungkin perlu mempertimbangkan beberapa perkara antaranya adalah keunikan nama perniagaan tersebut.

Mentor Hanim, Irfan Khairi seringkali mengingatkan bahawa pemilihan domain name bagi menjalankan perniagaan internet mestilah digabungkan dengan ciri-ciri unik serta menggambarkan produk atau perkhidmatan yang dipromosikan.

Teringat masa kecil dahulu, Abah selalu beri kami teka-teki antaranya adalah mengenai nama perniagaan. Bagi yang sudah tahu, senyap-senyap ya dan yang masih belum tahu, cuba teka!

Dalam kampung Ali, ada 3 orang sahabat karib dan ketiga-tiga mereka bernama Ahmad. Ketiga-tiga mereka bercadang ingin membuka restoran. Bagaimanapun, pergaduhan berlaku kerana masing-masing mahu menggunakan nama "Restoran Ahmad".

Maka Ahmad yang pertama terus membuka restorannya menggunakan nama perniagaan "Restoran Ahmad". Ahmad Kedua sangat marah dengan tindakan Ahmad pertama. Lalu Ahmad kedua membuka restoran disebelah Restoran Ahmad dengan menggunakan nama "Restoran Ahmad 2".




Ahmad ketiga kecewa melihat pergaduhan di antara Restoran Ahmad dan Restoran Ahmad 2 kerana mereka saling berebut pelanggan sehingga seringkali menyebabkan pelanggan restoran tersebut tidak selesa. Oleh yang demikian, Ahmad yang ketiga turut membuka restoran di sebelah Restoran Ahmad 2. Sejak hari itu, pelanggan Restoran Ahmad dan Restoran Ahmad 2 semakin berkurang. Persoalannya, nama apakah yang digunakan Ahmad ketiga sehingga pelanggan berpindah ke restoran beliau....? haa... cuba teka...

<kalau tak dapat jawab, boleh scroll ke bawah>
Nama Perniagaan Ahmad ketiga adalah:-
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

 "PINTU MASUK RESTORAN AHMAD"

Heee... sekadar jenaka di petang hari.

Kesimpulannya, nama perniagaan memainkan peranan yang sangat penting. Semoga berjaya dalam memilih nama perniagaan anda!

No comments:

Post a Comment