♥ Jom Follow ♥

Sunday, 21 October 2012

Kerja dari rumah, cabaran atau masalah?

Bismillah..

Kerja dari rumah memang seronok tetapi bukanlah semudah yang dijangka. Apa pun, adakah kerja dari rumah merupakan satu cabaran atau ia membawa masalah kepada kehidupan kita?

Seperti yang sedia maklum, ramai yang sudah berkerja tetapi masih tercari-cari pendapatan sampingan untuk menampung keperluan harian. Dan untuk menambah pendapatan secara Part Time itu bukanlah sesuatu yang sukar, apatah lagi jika ia boleh dilakukan di rumah, di samping anak-anak dan pasangan masing-masing.

Apa pun, ia bukanlah satu pilihan yang mudah. Once kita decide untuk mencari extra income, kita perlu ada mindset bahawa tanggungjawab kita sudah bertambah. Maklumlah, kita sudah pun mempunyai dua kerja dalam satu masa! Even though perniagaan kita bermula dari rumah, namun kita perlu mempunyai semangat dan dedikasi serta mempunyai keinginan yang serius untuk menambah pendapatan kita. Cuba lihat antara berikut, agak-agak mampukah anda menghadapi kesemua dugaan ini:-

1. DISIPLIN MASA

Terlalu ramai yang menyerah kalah di saat baru sahaja memulakan perniagaan dari rumah. Dan punca utama adalah MASA. Tak dinafikan, Hanim sendiri menghadapi masalah yang sama pada awal perniagaan. Tapi SYUKUR! Saya TAK give up!

2. GODAAN UMUM

Aduhai. ini yang payah. Katil sudah memanggil, sofa pula memujuk, dan TV pula sedang menggoda. Maklumlah, siang dah kerja. Malam pun kena sambung kerja. Memang sangat TERUJI! Kerja dari rumah memang perlukan konsentrasi penuh. Adakah anda cukup kuat untuk menepis godaan ini?

3. ASAS PERNIAGAAN

Ya, perniagaan. Kenapa bisnes? 90% kerja dari rumah adalah berbentuk PERNIAGAAN tak kira sama ada bisnes dengan kawan, atau sendiri, atau dropshipping, semuanya merupakan suatu perniagaan. Memulakan perniagaan dari rumah memerlukan pengetahuan dalam selok belok perniagaan bagi mengelakkan anda MENAMBAH kerugian dan MENGURANGKAN keuntungan.


Ini baru Hanim senaraikan 3 dugaan. Jadi, apa yang anda nampak, masalah atau cabaran?


Apa pun yang anda lihat, ingat ayat ni sampai bila-bila "THE HARDEST THINGS TO DO IS TO MAKE THINGS HAPPEN BUT ONCE U DONE IT, IT WILL BE THE BEST THINGS TO DO".
Dan bak kata slogan Nike, JUST DO IT!

So tak kiralah kerja di pejabat mahupun kerja dari rumah, kedua-duanya adalah pilihan kita sendiri. The future is in our hand. Kita yang buat keputusan untuk diri kita sendiri, maka kita jugalah penentu masa depan kita. Dan sekiranya anda sedang mencari peluang untuk berkerja dari rumah seperti mana yang aku sedang lakukan, insyaAllah ada jawapannya. Now pegang telefon anda dan dail 0133795745 . Ini nombor saya, just in case anda mahu join saya berbisnes. Sekian.

1 comment:

  1. betul la ..apabila bekerja dari rumah memang banyak cabaran, lawan penat, lawan malas, tp sy ada team, ABDR walaupun kita tensen, kita boleh dapat semangat bile mereka tgk mereka positif walupun dilanda masalah...jom jenguk http://dalilayusof.blogspot.com/

    ReplyDelete