♥ Jom Follow ♥

Pinnnnn... pinnnnn....


Tuesday 25 September 2012

Sarah Hanim ..That's me!

Bismillahirrahmanirrahim.

Dengan nama Allah yang memuliakan nama hambaMu, sucikanlah hatiku daripada sifat-sifat mazmumah dan gantilah ia dengan sifat mahmudah. Ya Allah, sepertimana Engkau gerakkan hati umi dan abah untuk memilih namaku, maka gerakkanlah hatiku untuk perbaiki akhlakku sesuai dengan maksud nama itu. Amin.

Hi readers.

Sebenarnya Hanim takde pun buat entry pengenalan diri sebelum-sebelum ni. Main redah ikut suka hati je. Asal korang paham sudah. Tapi nak jugak gedik kenalkan diri.. So korang baca jela ek.

Sarah Hanim bermaksud Puteri Kebijaksanaan. (mudah-mudahan membawa keberkatan)

Watak utama Hanim (yang selalu dengar orang cakap since kecik) ialah memahami. I can relate to that. Maybe sebab hati ni terlalu banyak perasaan cinta dan saying, maka semua orang pun aku rasa macam nak saying. Sampai nak kahwin dulu pun kena betulkan niat sebab kadang-kadang jadi tamak nak kat semua orang.. hahaha

Aku suka travel.. Hatta kalau Yobo tak ajak bercuti pun aku tanpa segan silu ajak Yobo honeymoon. Pasni hadap jela entri bab cuti-cuti aku ye. Hihi.. Aku pun suka makan.. Sebabkan body aku jenis cepat naik, cepat jugak turunnya, maka aku memang suka main bantai makan. Tapi aku pun suka try macam-macam benda untuk kuruskan badan.. HAHAHAHAHA... Macam korang tahu, aku very active dalam Herbalife tapi dalam masa sama Hanim aktif try benda baru. Of course la kalau try tu, Hanim stop pengambilan Herbalife untuk make sure takde connection antara produk tersebut.

Setakat ni Hanim dah pernah try Slimist Spray – bagus tapi tak tahan bau tersangat kuat sampai menyengat hidung. Hanim pernah try EZY Slimming – takde kesan atas Hanim. Hanim pernah try ke Slimming Centre, tapi semua pun tak berapa memberansangkan. Oh, Hanim cuba produk ni bukan sebab tak yakin atau ragu-ragu kat Herbalife ye.. Hanim memang yakin 100% Herbalife ni bagus dan Hanim masih aktif dengan Herbalife. Sila jangan salah faham.

Tujuannya sekadar nak mencuba keberkesanan produk lain... Kalau korang pun pernah try nak diet, mesti korang paham hati dan perasaan orang yang nak slim kan? Hanim pernah jumpa customer yang very sceptic sebab dia dah try banyak jenis produk tapi tak berkesan. Alhamdulillah, dia berjaya turun 7KG dalam sebulan dengan Herbalife. So aku memang recommend amik Herbalife. Tapi kalau dia rasa Herbalife tak sesuai dengan lifestyle dia, mungkin ada cara lain yang aku boleh tolong kan.. atleast adala other option untuk dia.. hihi.. Eh.. terlajak promote.. ha kennnnn... kalau korang nak tanya produk mana lagi Hanim pernah try dan puas hati, boleh emel at gadisjutaria@gmail.com .

Lagi apa nak story tentang Hanim? Oh.. Sebab aku suka makan, pasni ada banyak gambar makanan dan restoran sedap-sedap tengah menunggu untuk dipostkan.. Tungguuuuu~

Dahla..rasa boring pulak membebel... Follow me & do not forget to link back oke!


Dadadididudu~

No comments:

Post a Comment