♥ Jom Follow ♥

Wednesday, 19 August 2015

Day 2 ~ I miss you!

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum...

Huuuuuuu... untuk kesekian kalinya terpaksa berpisah dengan incek Yobo... sedihnye..

Kitorang dimaklumkan dua bulan training ni takde outing atau pulang bermalam ke kampung halaman.. serius sedih.. dah ala-ala tentera ni... sobs..

Baru hari kedua.. dah rindu kat buah hati kite.. huk2. so layan gambar jela malam-malam ni..



















wish me luck! wuwuwuwuwu... (TT_TT)


Thursday, 13 August 2015

Anak membesar, Ibu pun makin matang!

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..

Perkongsian ilmu berdasarkan sumber pakcik google:-

Bayi berusia 18 bulan hingga 24 bulan dah pandai buat apa?

- Mula berjalan tanpa perlu bergantung / pegang keliling sekurang-kurangnya 3 saat.
- Boleh meniru persekitaran ibu ayah / orang keliling. Cth; sapu sampah, menulis, buka pintu.
- Boleh memegang pinggan, sudu garfu dan cawan sendiri; kemahiran menggunakan jari-jari tangan.
- Mula berjalan menaiki tangga
- Pertuturan antara 3 - 50 perkataan. Sudah mula faham perkataan dan kosa kata.
- Pandai tendang bola.
- Kemahiran mengecam gambar.
- Kemahiran pakai / tanggalkan baju.

Bila ada baby dekat rumah, tak terasa cepat sangat masa berlalu. Tiba-tiba je dah dekat 2 tahun. Masa call Bunda tadi, konon-konon nak dengar suara RyAnis (sebab tak pandai bercakap lagi).. Tiba-tiba terdengar Anis sebut "Muu..muuu" (Ibu).. Peralihan dari panggil "mama" ke "ibu".

Bila cakap dengan Ryan, bunyi jadi "ekkk...ekkkk"... oke rasa nak gigit anak-anak burung ni..

Banyaknya perkara yang dapat belajar daripada anak-anak kecil. Masa RyAnis baru lahir, ketara sangat beza antara laki dan perempuan. Lelaki sifatnya lebih kasar dan gopoh - Ryan. Sedangkan Anis, sifatnya sangat-sangat lemah lembut dan sopan santun - sampai kadang-kadang rasa nak marah bila tengok minum susu pun alahai sopannyeeee...

Adanya RyAnis, kami belajar jadi sabar. Walaupun masih kurang tahap penyabar tu, tapi banyak perubahan daripada dulu. Kalau dulu, salah sikit je mula lah satu badan nak hangin. Ada je yang tak kena..

Paling best, bila tengok RyAnis buat something, terus pandang Bunda sambil tanya "kitorang dulu macam tu ke?".. Mana tumpah kuah kalau tak ke nasik, ye tak? hihi..

In the end...

Doakanlah ada rezeki RyAnis tengok baby baru.. =)