♥ Jom Follow ♥

Wednesday, 30 December 2015

Cerita Seram: Cermin



Aku ada hubungan yang pelik dengan cermin. Aku sangat suka tengok diri aku dalam cermin. Aku memang obses dengan cermin. Kadang-kadang, aku sengaja buat pergerakan laju-laju atau main “cak-cak” dengan “aku” yang dalam cermin. Nak tengok dia buat salah ke tak. Aku percaya, yang dalam cermin tu bukan bayangan, tapi “aku” di alam lain.

Kadang-kadang, aku rasa macam cermin tu adalah kembar aku… Aku boleh duduk sembang dengan cermin tanpa rasa bosan. Dia senyum… Aku pun senyum… Kami selalu main sama-sama. Aku lompat, dia lompat. Aku kenyit mata, dia ikut sama.Kalau malam-malam aku takut nak tidur, aku pandang cermin.

Walaupun rupa dia sama dengan aku, tapi watak dia berbeza dengan aku di alam sebenar. Dia sedang perhatikan aku. Aku nak sangat hidup dengan dia. Setiap hari aku akan tekap tangan aku dekat cermin. Dengan harapan aku dapat masuk ke dalam cermin tu… Aku nak tengok alam dia macam mana. Aku tahu, aku Cuma perlu tolak kuat-kuat sampai badan aku masuk dalam cermin tu.

Suatu hari, aku betul-betul nekad nak rempuh cermin tu. Aku ambil jarak dan mula lari. Aku tundukkan kepala untuk rempuh cermin tu sekuat-kuat hati. Semuanya mudah belaka. Tak perlu tekanan yang banyak. Aku dah masuk ke dalam sana. Gembiranya hati aku tak terkata.

Dalam cermin, semuanya sama macam bilik aku. Cuma arahnya berbeza. Sebelum ini katil aku duduk di kanan bilik, di sini, katil aku letaknya di kiri bilik. Aku pandang ke luar tingkap bilik, Nampak rumah PakLang Mail, tapi sunyinya, Tuhan sahaja yang tahu. Taman perumahan aku ibarat tiada penghuni. Langsung tiada bunyi. Ibarat aku tengok wayang tapi soundnya dipadamkan.

Aku tak boleh lama-lama di sini. Sunyinya membunuh aku.

Aku menuju semula ke arah cermin. Rupanya, di alam ini cerminnya macam tingkap. Hanya ada bingkai empat segi dengan dinding warna kelabu di dalam bingkai itu. Aku nampak “aku” yang di alam sana sedang menangis sambil pegang kepala. Kepala “aku” berdarah. Cepat-cepat aku pegang kepala aku sendiri. Bukan setakat aku tak sedar kepala aku berdarah, aku pun menangis sama. Aku tak dapat kawal diri aku sendiri.

“Aku” yang di sana menangis pada ibu ayah aku. Minta maaf kerana main terlalu ganas sampai pecah cermin di rumah. Kali ini, aku benar-benar ketakutan. Aku berlari merempuh semula bingkai cermin itu. Berulangkali aku lakukan begitu, tapi tiada yang berubah. Dia yang di alam sana memandang aku sinis sambil berkata “ayah, cermin tu dah pecah, ayah tolong adik buang please”.

Aku menjerit. Minta pada ayah supaya bawa aku keluar. Tapi ayah tak dengar. Ayah angkat serpihan cermin. Perlahan-lahan wajah ayah menjadi kabur. Aku dah tak nampak langsung ruang di sebelah sana. Dari ekor mata, aku lihat bingkai cermin di dinding semakin mengecil dan akhirnya terpadam. Gelap.

Tuesday, 15 December 2015

Buku Syukur

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum...

5 tahun lepas, aku ada wujudkan satu buku - Buku Syukur -. Masa tu aku aktif dengan training dan usrah, so banyak perkongsian ilmu disampaikan oleh leaders. Salah sorang tu mentioned tentang Buku Syukur - Grateful Book.

Beliau ni leader dari US. Aku panggil - Miss M. (sori boss.. tak ingat siapa nama leader ni.) Lain agama, tapi punya nilai murni yang sama. 

Katanya, dalam hidup ni ada banyak perkara yang menyedihkan. Hatta, sepanjang masa kita boleh rasa sedih dan down. Untuk atasi masalah tu, dia akan tulis 10 perkara yang terjadi pada hari tersebut setiap malam sebelum dia tidur. Supaya bila bangun nanti, dia ingat dan tak merungut untuk apa yang akan jadi hari ini. Miss M ada pesan, kalau kita kesalkan sesuatu, tuliskan sekali supaya next time, kita tak ulang benda yang sama.

So aku praktikkan ilmu tu untuk terapkan perasaan bersyukur.. dan untuk aku belajar jatuh bangun hidup aku. Tapi entah macam mana, terhenti sekerat jalan. (=.=') . 

Semalam, Selangor cuti peristiwa - menang bola sepak Piala Malaysia. Aku kerja di cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, tapi lokasi di Selangor. Maka ofis kami pun sama bercuti dengan jayanya. Tapi aku rasa, semalam adalah hari yang paling otak dan minda aku tak berfungsi.

Dan bila aku dalam keadaan tak berfikir, biasanya aku akan menulis. Mulalah jari gemuk ni merakam kejadian harian.

12.12.15 (Sabtu) – Tetamu pembawa rezeki

Abang ipar datang ke rumah. Ada program di Bangi hari Ahad nanti. Aku kemas rumah dengan sesungguhnya. Sebab excited ada tetamu syurga nak datang kan. Bila dah sampai, terkedu… What theeee… Tiba-tiba aku segan macam tak pernah jumpa abg ipar aku pulak. Boleh pulak malam tu lauk yang aku masak, semua jadik masin.. Sampai dua kali aku ubah pun tak menjadi. End up, Mr Yobo still hero masakan aku.. Aku sangat excited. Bak kata arwah abah, tak kisahlah tetamu siapa yang dating rumah kita. Kalau dah namanya tamu, ertinya Allah nak bagi rezeki melalui dia. Rezeki duit, rezeki bahagia, rezeki rumah ceria. Macam-macam rezeki lah. Which is, itulah sebab rezeki umi abah sentiasa ada; tetamu ramai suka datang ke rumah. Now, it’s our turn untuk meramaikan tetamu ke rumah kami.

Lesson learnt – Cuba control kalau dah terover excited.. Be cool. Treat semua orang the best as usual.

13.12.15 (Ahad) – First step is the hardest
bangun awal nak masak. Sebab program abang ipar mula 7.30 pagi, so Mr Yobo mesti hantar sejam awal; 6.30 pagi. Pukul 6 pagi mesti dah setel untuk makan. Syukur kali ni nasik lemak menjadi. Cuma beras Taj Mahal tu tak berapa serap santan, soooo dry. Tapi takpe, sebab beras tu dicipta untuk healthy eater, so it’s good nasik lemak tak berapa lemak. Sambal masih lagi masin. Sewel apa entah hari ni.

Satu hari mengemas rumah lagi. Berjaya jahit baju kurung Pahang dengan menggunakan pola. Biasanya aku jahit ikut baju contoh. Hari ni terasa nak belajar jahit macam cara budak yang pergi sekolah menjahit. Kalau jahit cara biasa, boleh siap satu pasang. Tapi bila guna pola, mampu jahit baju je. Tapi takpe. Langkah pertama tu je yang susah. Bila dah mula, takkan nak berhenti setengah jalan kan? So teruskan maju ke hadapan. Sekurang-kurangnya aku belajar sesuatu hari ni.

Malam tu, abang ipar belanja makan. Trauma aku masak kot… hehe... Kalau ikutkan hati aku, macam segan bila tetamu datang rumah kita, dia yang belanja makan. Tapi kata Mr Yobo, it’s just courtesy. Some sort of repaying for accepting and be kind to him upon staying at our home. Aku memang tak pandai bahasa kiasan. Since Mr Yobo lagi mahir, aku follow jela. Mohon abang ipar aku terima layanan kami seadanya – termasuk lauk masin aku. (TT_TT)

Lesson learnt
1.    bila bertiga, jangan sembang berdua. Nanti orang ketiga terasa hati macam dia tak wujud kat situ. So involve all parties and enjoy the talk.
2.    Jangan pilih makanan yang pelik-pelik kalau nafsu makan tu takde. Nanti makan pun nak tak nak je. =P
3.    Once you start, nothing can stop you – except your husband. Hihi... But it’s good to learn something new every day. Remember, only the first step is harder.

14.12.15 (Isnin) – Selangor juara, hurray!

Jam 5 pagi, aku dan Mr Yobo hantar tetamu syurga ke KLIA. Sedih bila terpaksa hantar tetamu kita balik. Tapi doakan semua yang baik-baik. Kirim salam peluk cium kami pada Rania Qaisara. Nanti makngah kiss Sara banyak2 ye…

Walaupun hari ni cuti, aku masih ke ofis; boss minta masuk kerja. Hihi… Lega dapat siapkan segala urusan yang sepatutnya buat esok. Preparation awal itu penting. Jam 12, aku ke ofis bonda. Kami makan, sembang-sembang, terus balik ofis. Tapi entah kenapa aku terasa blur je. Masa hantar bonda balik ofis, aku salam + cium tangan. Tapi aku tak cium pipi + peluk macam biasa. Disebabkan rasa ralat yang teramat sangat, aku pun call bonda + sembang sampai gelak keluar air mata... (^_^).

Lepas lunch dengan bonda, niat asal aku nak jalan-jalan ke shopping mall. Cuci mata. Bukan selalu dapat cuti kan. Tapi bila bayang purse tengah nipis tambah pulak bayar tol guna duit syiling yang kumpul dalam kereta, end up aku balik rumah terus. Rasa aman damai bila duduk dalam rumah sendiri. Sehinggalah Mr Yobo balik kerja dan kami sembang sampai tertido.

Lesson learnt

1.    Setiap kali bangun pagi, senyum & baca doa. Kalau tak, confirm satu hari caca marba.
2.    Treasure bonda. Even though rasa dah treasure habis, topup lagi sehabis-habisnya. Kalau tak, confirm rasa kesal tak sudah.
3.    Cukaikan diri anda. Hihi… Simpan duit ‘bersepah’ itu bagus. Ibaratnya, don’t put all your eggs in one basket. Di saat-saat kecemasan macam hari ni, yang simpan di merata tempat itulah yang membantu.
4.    Reminding past is good. Treasure today is better. Explore tomorrow will be greater.



Blog aku yang dah bersarang ni entah ada yang membaca entahkan tidak. Tapi kalau ada yang membaca entry ni sampai habis, dan kalau ada yang terasa biasa-biasa je life aku, don’t judge me. Sebab aku tak hidup dalam life korang, maka aku tak tahu apa dugaan paling berat yang korang pernah rasa. Untuk aku, life is a book. Aku nak menulis buku aku sendiri supaya kalau panjang umur, aku takde rasa menyesal dengan memori yang aku pernah ada. Korang tulis lah buku korang supaya nanti aku pun boleh sama-sama belajar dengan pengalaman korang… hehe… babai.