♥ Jom Follow ♥

Tuesday, 12 January 2016

Tutorial Menjahit: DIY Langsir Simple

Bismillah.

Projek minggu kedua tahun 2016 - menjahit langsir simple. Alkisah, adik Yobo, Hidayah, dah dapat kerja seopis dengan incek Yobo. So dia tinggal kat rumah kami lah. Tapi rumah kecik tu sangatlah tak lengkap lagi especially tang langsir dan cadar. So Sabtu tu kitorang ke Jakel, Jalan Bunus (belakang Jalan TAR). Sebelum tu kami dah riki-riki dalam sogo. Memang ada sale. Tapi bila campur-campur, rasa harga tu tak berbaloi nak beli. Kira rezeki kami jugak sebab gigih nak ke Jakel tu kan (Rezeki terserempak Dato' Siti dengan Dato' K... cantik gila baq hang!)

Sebelum beli kain, make sure tahu ukuran panel tingkap & pintu yang nak dipasang langsir. Ukuran biasa untuk tingkap 6 kaki panjang x 4 kaki lebar. Untuk Sliding door, 8 kaki panjang x 10 kaki lebar.
Kalau nak buat langsir tu ada panel, lebar tu bahagi dua je.

Ukuran yang Hanim guna untuk rumah kami ada 4. Tingkap (6 kaki x 2 kaki) = 7 keping. Sebab bilik pertama ada 3 panel, bilik kedua dan ketiga tu ada 2 panel.


Nak senang, susun atas lantai supaya senang ukur. Kalau rajin, buatlah jahit tepi. Kalau tak rajin, boleh trim tepi yang berbenang tu atau lalukan api sikit. Pastu lipat anggaran 1-2 inci sebelah kiri, kanan dan atas kain.. macam kat bawah ni.


 Side lipat tu pinkan supaya senang nak jahit nanti. Hanim guna mesin jahit portable brand Brother NV950. So kalau ada yang guna mesin yang sama tapi nak jahit tepi, boleh tukar tapak tu ke tapak G pastu pilih corak nombor 12. 


Jahit lipatan side kiri dan kanan langsir. Side atas takde gambar pulak (=.=).. Tapi simple je. Ukur dan gunting tapi pencangkuk tu ikut ukuran langsir pastu jahit atas lipatan. Kira nanti lipatan tu kena tutup dengan tape tu,

Untuk kaki langsir, baki tu biasanya banyak, so boleh lipat 2 kali anggaran 4 inci kain atau boleh ukur tinggi tingkap dan match kan lipatan kaki langsir tu. Atau potong baki kain, lipat 2 inci macam side kiri kanan tu. Yang baki tu boleh buat tali nak ikat langsir nanti. 


Tada!


SIAP!


So dalam setengah hari kalau takde buat pape selain menjahit, boleh lah dapat 7 keping kain langsir tu.. 


Upah jahit langsir kat Jakel sama dengan RM 7 sekaki. Kalau 6 kaki x 2 kaki dan 12 kaki kali RM 7 tak ke RM 84.00. Tu belum kira kos nak pegi balik kedai, nak tunggu siap lagi.. Itu kalau dari segi harga la.

Tapi yang paling best, bila menjahit sendiri langsir ni, kita boleh practise jahit lurus. Almost everytime jahit baju kurung, mesti senget benget tak kira. jahit langsir ni tiba-tiba macam magic je boleh lurus elok... hihi...

Monday, 11 January 2016

Selamat Tahun Baru 2016!!

Bismillah..

Selamat Tahun Baru 2016!

Jarang betul aku update blog sekarang ni kan.. I have reached the point where I feel like "not everything can/should be shared with outside world." Sometimes, bila dah menulis, semua tu aku padam balik. Feels like "perlu ke cerita ni? Kena ke cakap camni? Ada ke orang nak baca ni?" *sigh*

We all have that one time. Feel like giving up. Yang mana kalau orang kata roda tu berpusing, kita rasa kita kat side bawah roda dan tak pernah nak naik-naik. Itu penangan masa aku mula-mula keguguran. Aku start jadi suspicious dengan orang, start to be much more careful bila bercakap and moreover,  kalau boleh, aku taknak jumpa sesiapa pun. Takut aku sakitkan hati orang. Takut orang sakitkan hati aku balik. Tanpa sedar yang aku dah kerugian lot of time sebab tak berani nak move on dan the past keep on menghantui diri. Bukan senang dan bangun dari mimpi ngeri. Walau kuat rasa nak bangun, tapi tak sekuat rasa nak sorokkan diri sendiri.

Aku tak pernah rasa special bila tiba tahun baru. Tapi 2016 bring lights to me. For all good things yang Allah bagi, happened in 2015 buat hati aku makin kuat dan rasa nak bangkit semula. But first, let's create our new year resolutions.

"Kenapa nak azam tahun baru? Everyday is a new day what"

"Aku malas nak ada azam tahun baru. Bukan buat pun"

"Nantilah... malas nak fikir"



Memanglah. No one needs to wait for new year to do you vow on a better life. Bila-bila masa nak buat pun boleh buat. But we work better when have a dateline. So let's the 1st January be your starting date.

Alhamdulillah, I have listed all my resolutions in my daily planner. And for 2015, thank you very much. I have learnt many things.

1. I am IMPERFECTIONIST

Untuk 2015, pada usia 28 tahun, aku baru sedar kematangan aku berfikir sangat lambat kalau dibanding dengan adik-adik aku. Tapi it's OK to be different and it's OK to be imperfectionist. Nobody is perfect anyway. Asalkan fokus dan tahu apa kita nak, Allah will lead us through.

2. The environment wont hurt if you turn to Allah

As if kita pesalah and turn yourself to the police, do the same to Allah. Be brave to admit your mistake. Selalu ingat, Allah tak hairan pun kalau kita buat dosa. Tapi yang hairannya bila kita buat dosa, tapi kita tak minta ampun pada Allah. Strongly believe in Allah, so He will lead you lifetime.

3. Let Go of The Past

Tak kisah macam mana perit pun memori kita in the past, you have to let it go. Jadikan pengajarang for a better future. I had a very problematic relationship. Atmost, aku pun tak tahu what in the world is happening when someone yang baik to me suddenly leave me. Paling sakit bila someone we trust most, hurt us. And I guess I just have to let it go. Cause no matter how good we treat them, they will leave us, hurt us and frustrate us. What matter is to appreciate those who stay at the present moment and forgive those who created the unnecessary hatred in our heart. So in future, do good for the sake of Allah. Setiap kali pun, fikir balik "would Allah allow this? Will HE be happy if I do this?"

4. Be Happy

In all circumstances, sentiasalah be happy. Memang susah especially bila disogok dengan benda-benda sensitif for us. But trust me, train yourself. Fake it until you make it. Happines is inside out, not outside in. Pegang ketat-ketat "Dalam hati ada Allah", baru kita boleh rasa kuat. Sebab Allah yang pegang hati seluruh manusia dan Dia yang create the universe. We are weak to stand on our own, so trust Allah for He had a great plan for us.

5. Everyday is a new day!

Brace yourself and be brave. Try at least 1 thing everything. As simple as learning new recipe, or start exercising or ANYTHING. Life's an adventure, challenge yourself. Two weeks ago, Yobo beli kain for Hidayah's curtain. Yobo plan nak tempah to makcik kat kampung which is in two weeks baru nak balik kampung. So I decided to challenge myself (Alhamdulillah, Yobo is a great supporter though he was concern for taking my resting time). Beli kain on Sabtu, hari Ahad dah siap 7 keping kain langsir. Not only for Hidayah's room, but also untuk bilik solat and master bedroom. Imagine if I didn't take the challenge (quite an achievement kan.. eheh..). Anyway, be brave in taking challenges, be brave in failing, be brave to meet new people. 

Though ada moment yang aku nak lenyapkan, especially moment where i loses my babies there are lots of new things yang aku lalui. Of course, banyak juga yang aku kesalkan. I am not an angel. And for the sake of Allah, I am just a human who always try to be better.

Cause the easist for human, is to change ourself.