Alhamdulillah.. ketemu jugak Ramadhan tahun ni..
Kalau tahun lepas ditemani Cik Anis dan Abam Ryan serta Tok Umi, tahun ni special lagik.. sebab ni tahun pertama berpuasa bersama-sama dengan incek Yobo. Tahun lepas berpuasa dalam keadaan berdua dalam perut dan dua luar perut
Aku xperkenalkan lagi my jewels berdua ni kat umum.. Memandangkan kedua-dua mereka membesar dengan cepat dan dah pun setahun, so hari ni meh nak kenalkan kt korang..hihi
homaiii.. mahu body itu kembali..
Berat aku sebelum kawin 50KG jek.. Selepas Mr Yobo muncul sebagai pasangan hidup, ditambah pulak dengan kewujudan RyAnis (tetiba je bebudak ni kena..hihi), maka kebahagiaan berganda-ganda lalu terjadilah pertambahan berat yang hamat mendadak. Tak kira gugur 3 kali tahun lepas. homaiii
Tema Manggis 2014: ouhh..pipi tu.. pipi tu.. suda tembam di situ..
Muhammad Ryan Iskandar
baru lahir dah pandai senyum.. syok layan pandangan syurga lettew.
Beliau lahir pada berat 3.04kg.. Aku tak perlu explain nama Muhammad in detail
Mudah-mudahan gabungan nama ni menjadikan Muhammad Ryan Iskandar sebagai anak lelaki yang soleh, bijak dalam membuat percaturan dan lembut dalam ketegasan.
Anis Shalehah
Berat masa lahir 3.16kg. kalau tak silap la. aku tak ingat dah.
oh pipi debab ni...
In the end, Anis punya perangai pun sama macam BFF + Bunda aku. Sangat independent, a bit of moody, dari luar sangat lady-like tapi bila dah mula tu, dia lagi laki dari abam Ryan. On the other hand, Ryan sangat manja, sangat bijak, peramah dan kuat gelak. Alhamdulillah, masa lahir, RyAnis takde demam kuning. Antibodi Ryan lemah sikit berbanding Anis. Setiap kali Anis tak sihat, Ryan confirm akan berjangkit. Tapi bila Ryan yang tak sihat, jarang sangat Anis berjangkit..
jewels *wink*
ngeeeee...
starting nak golek-golek...
Macam mana pilih nama?
Macam-macam nama kitorang pilihkan. Every names got its own miracle but it doesn't match. Ende nak letak nama Ryan as Aqashah but rejected. kekeke... taknak nama berat-berat nak sebut ni.. In the end, Ryan dan Anis paling match plus it remind us to our family members (tok umi + ayahchik).
Penat tak nak menjaga?
Hohohohohohohhoho... <<< gelak fake.
Penat memang penat tapi
Macam mana jaga?
Alhamdulillah.. sepanjang setahun ni, syukur kerana Tok Umi dan all the makciks sangat sayang dan gigih menjaga mereka. Sebab aku dengan Mr Yobo pun masih PJJ, maka di rumah Tok Umi lah kita tinggal. Di rumah Tok Umi ada Chu Yang, Chu Nah, Mama Chu, Mama Chik, Ayah Chik dan segala adik beradik yang mampu membantu jaga. Sangat syukur (TT_TT).
Masa budak-budak ni umur 7-8 bulan, aku kena chicken pox. Allah je yang tahu seksanya masa tu. bukan seksa sebab kena chicken pox, tapi seksa batin sebab tak boleh pegang budak-budak ni. takleh tidur sama, takleh susukan dorang, hatta xleh duduk dekat. tapi seminggu jela, pastu idak le teman mampu. sob sob.. dalam tempoh cuti MC tu, aku ditemani Chu Nah yang setia menjaga buah hati 2 orang ni.
Boleh tak bayang kalau kau sorang-sorang, pastu baby taknak tido pastu kau tak tahan nak pergi toilet? homaiiiii... nangis.
huntunglaaa masa ni nak duduk dalam stroller tu lagik...
Alhamdulillah.. Syukur yang amat. Allah janjikan setiap anak tu ada rezekinya sendiri. Bukan setakat rezeki diorang, rezeki kami pun bertambah-tambah. Budak-budak ni lahir tahun 2014. Tahun paling banyak kami berjalan-jalan
jalan-jalan ke London lah kitak...
Abah's University ~ Al-Fatihah
Beijing with TokNgahs & TokNjang...
Sekejap je masa berlalu..
Daripada terbaring macam ni..
Badan dah keras & boleh dirikan camni..
Sampailah dah boleh duduk sendiri.
Sekarang dah boleh berdiri & berlari-lari. Whatever it's gonna be, we love you both soooo much.. Both of you are our jewels of jannah.
Salam Ramadhan, 2015.
\(^▽^*) Kalau SUKA sila lah LIKE! (*^▽^)/
Salam perkenalan sis.
ReplyDeleteBestnya ada anak kembar..tahniah!
kembar... best...
ReplyDeletebestnya ada kembar!
ReplyDeleteSalam perkenalan..comel sgt kembar tu!
ReplyDelete