♥ Jom Follow ♥

Pinnnnn... pinnnnn....


Tuesday 10 April 2012

Aku Ada Empat Isteri

Bismillah..
Assalamualaikum...

Aku ada empat isteri. Empat-empat pun aku sayang. 

Isteri keempat yang paling aku suka dan cinta. Segala emas, intan permata semua aku bagi pada dia. Apa saja kemahuannya pasti aku turuti. nak makan burger kaw2 tower, lagilah aku turuti. I love you gila babas darling!

Isteri ketiga yang paling cantik menawan. Aku bangga ada isteri ketiga. Kalau boleh, aku nak tayang pada satu dunia. Memang shanteklah! Tapi ana takut kena kebaslah!

Tapi aku pun sayang isteri kedua. Dia pendengar yang setia, sahabat sejati aku. Kalau ada masalah, aku suka berbincang dengan isteri kedua. Dia boleh bagi nasihat dan pandangan sewajarnya. Thank You Honey!

Isteri pertama yang paling setia dan selalu membebel. Dia suka berpesan-pesan dan ingatkan aku supaya sentiasa lakukan kebaikan. Tapi kebanyakan masa, aku tak ikut pun. Wasting time lah! Aku lebih suka berfoya-foya dengan isteriku yang lagi tiga berbanding dengan yang pertama ni.


Masa makin berlalu. Aku dah semakin uzur. Lalu aku bertemu dengan pujaan hatiku yang keempat. "Sayang, kalau kanda mati, sudikah dinda follow kanda bersama?" tapi dijawabnya "Sori kanda. Tamaulah!" terkedu aku mendengarnya.

Isteri ketiga yang aku megahkan pun turut kusoal. "Honey, i mati nanti, u follow ye". Jawabnya "sori dear. Kalau u mati, i nak kahwin lain. sini lagi bestla". Aduh! kecewanya aku!

Aku terus bertanya kepada pakar rujukku, isteri kedua, "Sayang, follow abang ye kalau abang mati nanti" "Sori abang. Sampai liang lahad je boleh la". Terkesima aku.

 Tiba-tiba isteri pertama ku bersuara "abang jangan la sedih sangat. Kalau abang mati, saya akan follow abang. kan kita dah janji dulu nak sehidup semati" Malu aku dibuatnya. Terima kasih dinda. Sepatutnya kanda dengar semua leteran dinda supaya kanda tak lupa diri.

**********************************************************************

Sebenarnya semua isteri ini ada dalam hidup kita.

Isteri pertama adalah jasad kita. Kita selalu memanjakan diri kita sama ada secara sedar mahupun tidak. Lebih mengecewakan bila kita sentiasa mengikut kehendak dan nafsu diri berbanding keperluan. Makanya, buang jauh-jauh kehendak tu dan beri HANYA apa yang diperlukan. Tak kira berapa banyak kita habiskan untuk memanjakan diri kita, ianya akan ditinggalkan apabila kita mati nanti.
Harta benda adalah isteri yang kedua. Ada rumah besar, kereta besar, isteri besar. eh. oke tu memain je. Kita memang suka nak eksyen kat orang kita ada semua harta benda tu. Tapi ketahuilah bila kita mati nanti, harta tu takkan follow punya. Jadi hak orang lain lagi adalah.

Keluarga dan rakan adalah tempat kita mengadu, bertanya pendapat dan nasihat. macam tu juga dengan isteri ketiga. Tak kira betapa rapatnya hubungan kita, mereka hanya boleh menghantar sampai ke liang lahad.



Isteri pertama selalu terabai dan tak ternampak. itulah roh kita. dah cukup beri makan pada roh kita? Selalu kita abaikan dalam mengejar kemewahan dan keinginan nafsu sedangkan roh kitalah yang akan follow kemana sahaja kita pergi sehinggalah kita dibangkitkan semula. 

Makanya, jangan sesekali lengahkan masa untuk bertaubat dan bersolat. Temani isteri pertama, insyaAllah isteri kedua, ketiga dan keempat akan menyusul.

No comments:

Post a Comment