♥ Jom Follow ♥

Pinnnnn... pinnnnn....


Thursday 26 January 2012

Malu I nyahhhh!!

Bismillah...
Assalamualaikum..

Hee.. Pagi tadi masa on the way nakgi Putrajaya, aku pasang Hotfm.. Hotchat pagi ni pasal 'perkara yang memalukan anda di khalayak ramai'.. Hoho.. Ramai yang share cerita dorang.. aku pun try la hengat apa menda yang memalukan yang pernah jadik kat diriku ini.. Oh, xde pape yang memalukan pun <-- cakap dalam hati dengan komfiden ok! Haha

Pastu sampai je kt opis, aku mulakan dengan aktiviti merebut parking.. Muahaha.. Hari ni org dh mula ramai yang masuk keje, so parking agak penuh.. So aku g kt MakGuard kaunter nak mintak pas naik tingkat 6, tibe-tibe dia tegur 'lambat datang rni..? Biasa awal..?'... aku pandang dia.. Pandang lagi. Pastu aku tanya 'biasa awal..?' aih.. Pelik ni.. Ni baru hari kedua kursus. Mana pulak 'biasa' tu datang..?

Tiba-tiba je muka makcik tu berubah n sengih-sengih, dia cakap 'eh.. Mana biasa kan.. Nama pun pelawat kat cni' ... Dia gelak.. Aku sengih macam kerang busuk.. Patutnya aku tak payahla cakap camtu kottt.. duhh!.. Ok... Malu pertama bermula di sini..

Kursus mula 8.30.. aku dah sampai 8.15.. Sempat minum air aloe 500ml pastu g toilet.. Toilet dorang terletak dekat dengan lif.. Nak masuk opis kena lalu 2 pintu berbeza dengan 2 pas berbeZa.. So pintu 1 lepas.. Muahahahaha.. Second door, Gadis tolak pintu.. Xbukak.. Tolak lagi.. Pun xbukak.. Tolak lg kuat.. Orang kt kaunter dalam tu dah pandang-pandang.. Muka dah merah.. Terus tekan loceng.. Kutla pas aku yang xle guna.. Sekali orang kt kaunter tu buat isyarat suruh 'tarik'.. TARIK ok.. Malu sudah.. Diorang terus bantai gelak tak hengat.. Nak kaver malu, aku pun gelak gak dgn dorang.. Muahahahahaha..!Ces!

Dalam beberapa minit je, 2 insiden memalukan dah berlaku ye..

Then kusus mula.. jam dah pukul 9.30. Dah minum seliter aloe... Menuju ke toilet buat kali kedua.. Tiba2 terserempak dengan staf opis kat bilik depan. Dalam hati dah pelik.. Mem ni bukan kena attend kusus dengan aku ke..? So aku tegur dia 'Mem! U ada apa kat situ?' .. Dengan muka tergamam, dia pandang aku n tanya 'bukan kat bilik tu ke.?'.. Hohohoho.. Gelak kuat2... 'kusus kat Bilik Latihan ICT la.. Tu Bilik Mesyuarat!'.. Sama-sama gelak.. Beliau nampak ramai orang masuk bilik mesyuarat tu.. So konfiden je masuk sana gak..

So pagi ni je dah 3 kali insiden melibatkan malu beramai2 terjadi.. Apakah pasni akan jadik mende yang lebih memalukan...? TIDAKKKKKK!!!! hahahahahaha

4 comments:

  1. hahahaha....dh tetulis 'TARIK' kat situ siap dlm malay language lagikk..aduss,jenuh cover kan =)

    ReplyDelete
  2. done follow akak! follow balek yerr

    ReplyDelete
  3. Cik Aini: tahu takpe..malu gila babaz..haha

    Secret Garden: Followed!

    ReplyDelete